SEPTEMBER 2024

11 Tuntutan Di Bawah Platform Rundingan MA63 Berjaya Diselesai - Fadillah


KUCHING: Pertambahan bilangan ahli Dewan Rakyat dari Sarawak dan Sabah  antara dibentang Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, mesyuarat dipengerusikan Perdana Menteri, Dato’ Seri 

Anwar Ibrahim serta dihadiri Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri 

Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. 

Kerajaan Negeri Sabah menjadi tuan rumah mesyuarat.

Beliau berkata secara umum, terdapat empat pembentangan yang telah disampaikan dalam mesyuarat MTPMA63 iaitu 

i. Pelaporan Status Terkini Kemajuan Tuntutan Di Bawah Perjanjian Malaysia (MA63).

ii.Pertambahan Bilangan Ahli Dewan Rakyat Dari Negeri Sabah Dan Negeri Sarawak.

iii. Perwakilan Kuasa Kepada Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak Untuk Melantik Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua Dan Guru Besar Bagi Mengisi Kekosongan Dan 

Pemangkuan dan 

iv. Obligasi Kewangan Persekutuan Di Bawah Senarai III, Senarai 

Bersama, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan dan 

Duti Setem Dikenakan Ke Atas Instrumen Pemindahan, Caj, Menyewakan Tanah di bawah Ordinan Tanah Sabah Dan Sarawak.

Fadillah berkata, perkara atau tuntutan lain berkaitan MA63 yang masih belum selesai akan terus dibincang dan dipantau dalam platform rundingan yang lain iaitu 

Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63.

"Jawatankuasa Teknikal di bawah MTPMA63 yang dipengerusi saya sendiri dan beberapa Jawatankuasa Kerja yang ditubuhkan di peringkat kementerian atau agensi berkaitan,"katanya.

Katanya, ini bagi memastikan tuntutan yang masih belum selesai tersebut diambil tindakan sewajar dan sehingga kini, terdapat 11 tuntutan di bawah platform rundingan MA63 yang telah berjaya diselesaikan.

GAMBAR: Fadillah Yusof